Wednesday, September 9, 2009

Salam ramadhan buat seluruh rakan muslim

sejuk mataku melihat seorang sahabatku saudara baru Islam menunaikan solat terawikh berjemaah d masjid ukm..ini adalah ramadhan pertama buatnya..malangnya lewat nak ucapkan salam ahlan wasahlan..beliau hilang di mata..doakan beliau (Chua) teguh iman bersama Islam hingga ke hayatnya~amin..

Wednesday, September 2, 2009

Perang Microsoft Word


1. Buka Microsoft Word.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY

(Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu)

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48

4. highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font Wingdings.

Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) . Kemudian ada lambang tengkorak dan lambang yahudi .perancangan atau ilusi sekadar tidak disengajakan. Nilai dalam diri

sumber-internet

Qunut Nazilah dan Terjemahan

Tuesday, September 1, 2009

pemimpin Islam yang sanggup mati kerana tegakkan Islam

Dari 'Auf bin Malik, katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu doakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua."

"Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu semua, juga yang kamu laknati mereka dan mereka pun melaknat kamu semua."

'Auf berkata, kita para sahabat lalu berkata, "Ya Rasulullah,apakah kita tidak boleh menentang kepada pemimpin-pemimpin yang sedemikian itu?"

Beliau s.a.w. bersabda, "Jangan menentang mereka, selama mereka masih tetap mendirikan solat di kalanganmu semua."

(Riwayat Muslim)

tepislah kealpaan diri dengan doa

Alhamdulillah setelah bersabung dengan ujian sakit diberikan. kini aku sihat teruskan sisa kehidupan.

Malangnya tak indah permulaan hari, kelmarin dilema aku singgah menyapa. Akhir sekali aku mungkin membuat keputusan yang benar. Pilihan berkhidmat untuk anak bangsa dan agama atau pilihan kelemahan yang melalang dalam diri. Akhirnya aku pilih satu.

Banyak kesilapan dan kesukaran yang aku cuba putuskan. Banyak kealpaan yang aku cuba hadapi. Akhir sekali jawapan yang pahit jua aku dapati. Moga Tuhan tidak putus-putus melimpahkan rahmat dan rezeki kepada kita semua.

Jika option yang melimpah ruah..selalulah mengadu padaNya..istikharah benar-benar datang dalam hati.


Daripada 'Adiy bin Hatim r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan potongan kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik."

(Muttafaq 'alaih)