:::::Al- Quran Al Karim:::::

Monday, November 23, 2009

Muhammad Zafran Syahmi bin Mohd Shahrizan

dah jadi kak long!


Tanggal 22hb November 2009 merupakan tarikh bermakna bagi keluarga Shahrizan dan Rabiatul Adawiyah.

Mana tidaknya, kelahiran anak mereka yang kedua menambahkan lagi bilangan seorang hamba Allah di bumiNya.

Syukur pada Ilahi yang telah menambahkan lagi ceria bagi keluargaku, kedatangan anak pertama alang membuatkan rasa gembira pada kami sekeluarga.

Anak kedua alang menambahkan lagi seorang anak buahku, tapi yang istimewanya bayi tersebut adala lelaki! Yakni diberi nama Muhammad Zafran Syahmi bin Mohd Shahrizan. Anak pertama, yakni kak long Zafran sekarang diberi nama Nursyifa Raihana binti Mohd Shahrizan

Alhamdulillah moga dia jadi penguat benteng untuk Islam.

insyaAllah jika ada rezeki akanku uplode gambar-gambar bayi Zafran.

Friday, November 20, 2009

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009


KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Lagi berita…harakahdaily

Teringat pada pimpinan-pimpinan ikhwan..siapakah ulama yang berani kehadapan selain Tok guru?hanya segelintir sahaja yang berani mengkritik kerajaan bagi penambah baikan untuk rakyat..moga tok guru tabah hingga akhir hayatmu..takbir!


Thursday, November 19, 2009

Rukun-rukun Islam

gambar hiasan

Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya:
Seorang penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam.

Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku?

Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan.

Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepada ku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat.

Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku?

Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah.

Kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah diucapkannya.

(Riwayat Muslim)



Wednesday, November 18, 2009

They Dont Care About Us-MJ


Klip MJ yang menjadi mangsa iluminasi dan sempat menempelak puak iluminasi dengan klip ini..hayati liriknya..bagaimana beliau pernah ditemu ramah wartawan tika dulu..(artis Hollywood majority adalah konco-konco iluminasi freemason

“Album saya nombor satu di dunia,kecuali di AMERIKA SYARIKAT,sebab...saya tak mahu cakap banyak lagi.”

Beliau telah disahkan mati dibunuh..jika benar kisahnya dibunuh puak iluminasi..beliau berjuang menentang iluminasi New World Order penyembah Syaitan..puak menunggu Dajjal..

sumber -Tanyalah ustaz-edisi Bongkar

klip Ad Dajjal 02(part 2)-persatuan elit rahsia



sebelum youtube 'rubbish' klip..sebar-sebarkan

klip Ad Dajjal 02(part 1)



sebelum ahli youtube 'rubbish' video ni..sebar-sebarkan

klip Ad Dajjal 01



sumber-tanyalah ustaz:edisi bongkar

Tuesday, November 17, 2009

Muhammad SAW

Muha

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Salah Seorang di antara kami mempunyai anak. Beliau menamakannya dengan nama Muhammad. Orang ramai berkata kepadanya: Kami tidak akan membiarkanmu menamakannya dengan nama Rasulullah s.a.w. Lalu orang tersebut membawa anaknya yang diletakkan di atas belakang untuk menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sampai di hadapan Rasulullah s.a.w beliau berkata: Wahai Rasulullah! Anakku yang lahir ini, aku namakannya dengan nama Muhammad tetapi orang ramai berkata kepadaku: Kami tidak akan membiarkanmu menamakannya dengan nama Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu boleh menamakannya dengan namaku, tetapi jangan menggelarkannya seperti dengan gelaranku kerana akulah Qasim, aku mengasingkan di antara kamu.

(Riwayat Muslim)

Pahala Sah Pertama

gambar hiasan


Daripada Abu Hurairah r.a. pula katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baiknya saf bagi kaum lelaki ialah saf pertama-nya, sedang seburuk-buruknya saf bagi mereka ialah saf yang penghabisan. Adapun sebaik-baiknya saf bagi kaum wanita ialah saf penghabisan, sedang seburuk-buruknya saf bagi mereka ialah saf pertamanya."

(Riwayat Muslim)

Monday, November 16, 2009

Iluminasi dan pendedahan kemungkinan MJ dibunuh




Iluminiti artis hollywood dan pendedahan sebab-sebab kemungkinan MJ dibunuh..hiburan itu indah..tetapi salurkan pada yang hak.insyaallah selamat dunia akhirat

Sumber-youtube