Thursday, February 26, 2009

bagaimana pendapat anda pula?



Terima kasih aku ucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah memberikan pilihan berkenaan peralihan kuasa perdana menteri di Negara Malaysia tanah air tercinta. Aku ingin melihat sejauh mana rasa sensitiviti kita berkenaan apa yang berlaku kelak. Entah kena atau tidak soalan yang aku lontarkan sebelum ini. Boleh dilihat hanya seramai 19 orang memberikan komen dan pilihan mereka masing-masing berkenaan soalan diberikan. Jika dilihat rata-rata mereka yang melawat ke blog ini hampir ratusan server, jika ditolak kekerapan pembaca melawat blog.

Apabila dilihat benar majoriti yang memilih untuk menolak Dato Najib Tun Abd Razak dari pemilihan PM ke-6. Hal ini mungkin cukup untuk anggapan bahawa Pak Lah patut mengekalkan kedudukannya sebagai PM.

Logikanya

Rata-rata pemimpin pembangkang menyokong agar Pak Lah kekal. Aku tertarik apabila tok guru Nik Aziz Nik Mat juga syorkan agar Pak Lah kekal untuk laksanakan janji-janjinya dahulu(sumber lawati harakahdaily). Tapi apakah ia realistik apabila pelan kuasa akan berlaku tidak lama lagi. Fikir-fikirkan wahai rakan. moga Allah selamatkan tanah air kita, insyaAllah..


Wednesday, February 25, 2009

Peres mahu Eropah hentikan hubungan dengan Hamas


Jerusalem, 25/2/09- Shimon Peres, Presiden Israel, menggesa Presiden Parlimen Eropah, Hans-Gert Poettering, untuk berhenti daripada menyokong Perubahan Hamas ketika perjumpaan pada Selasa petang ini.

Jurucakap Peres menambah lagi bahawa Eropah harus tahu Hamas adalah ‘organisasi pengganas yang merbahaya’, dan mengatakan segala bentuk perhubungan akan membantutkan proses damai.

Tzipi Livni, Menteri Luar Israel laknatullah telah meminta Poettering untuk melawan gelombang anti-semitik di Eropah.

Presiden Parlimen Eropah, Hans-Gert Poettering


Akhirnya Israel laknatullah menunjukkan kerisauan laporan Eropah mahu berhubung dengan Hamas.

Sumber:- http://www.palestine-info.co.uk/en/