Sunday, February 22, 2009

Hanya kerna tiada api?

Tok tok!! Pintu bilik aku di ketuk orang. Aku lihat jam ditangan menunjukkan jam 11 pagi.

MasyaAllah. Apakah ujian yang melanda hari ini. Tidak pernah aku tidur selama ini sebelum ini.

“Amar, kau baru bangun?” senyum jiranku.

“haah, entahlah macam ada yang halang aku dari bangun pagi. Tapi tidur lepas pukul 7 pagi tadi tau,”aku buang perasangkanya.

Apa yang berlaku?

Aku dapat menangkap perkara pelik ini semuanya kerana tiada elektrik di kolej diaman. Bukan aku seorang yang pelik hari ini. Kawan-kawan sekolej juga berperangai pelik, yang jarang keluar sebelum ini terus pergi ke mana-mana, yang tidur sampai ke petang, malah kafe tidak seramai seperti biasa dan lain-lain.

Katanya ada pembaikan di jalan masuk ke Kolej Kris Mas. Tidak tahulah benar atau tidak. Terdapat beberapa kolej lain juga mendapat gangguan yang sama termasuk Kolej Ungku Omar, kolej yang aku menetap.

Hanya kerna tiada api?

Tersenyum aku apabila rakan-rakan yang aku jumpa merungut hanya kerna tiada elektrik.

“aku tidur setengah-setengah jam hari ini,” kata kawan searas.

“aku tak boleh buat apa-apa, nak ym pun tak boleh, nak mesej pun handset kong,” kata yang lain.

Tidak kurang aku juga, cepat mengeluh dan hampir ‘musafir’ ke kolej kawanku yang lain. Cepat sungguh aku ingin menyalahkan pihak yang terbabit menyebabkan ketiadaan api ini. Terbantut rasa rajin hari ini.



Akhirnya dan hikmah ujian

Tatkala aku berkemas barang-barang untuk menumpang ke kolej kawan. Tiba-tiba terdengar bunyi sorakan dari seluruh kolej kediaman, ada yang menjerit kegembiraan dan ada yang bertepuk tangan.

Tap! Akhirnya jam 7.25pm bilik aku dilimpahi cahaya lampu kalimantang. Tertunduk aku tanda syukur nikmat yang menjelma semula. Malu rasanya apabila mengenangkan apa yang berlaku. Hanya kerna tiada api, macam-macam terjadi hari ini. Dengan jemaah Asar yang tidak sampai 5 orang dan lain-lain lagi perkara lain yang aku tak mahu sebutkan. Bagaimana kalau Allah uji tiada api 2 3 hari kemudian? Seminggu kemudian? Tidak pun Allah uji dengan dugaan tiada air, lagi teruk rasanya. Bagaimana kalau dugaan tiada makanan?

Paling teruk bagaimana kalau negara tercinta kita dalam situasi peperangan? Disekat sana sini? Bagaimana jika Allah duga kesombongan kita semua dengan ujian yang sama rakyat Gaza dapat. Dibom, diceroboh tempat tinggal, dinafi segala-galanya.

MasyaAllah. Betapa rendah martabat kita yang hanya mendengar berita-berita buruk saudara Islam di Gaza atau tempat-tempat lain macam ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’. Malu sungguh malu kepadaNya wahai kawan-kawan. Moga Allah ampunkan kita semua jika dahulunya kita angkuh dengan nikmat yng dikurniakan. Amin..

Allah berfirman dalam Al-Quran Al- Karim:

( 1) الم

Aliff lam mim


( 2)أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?


(3)وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ


Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta

(Surah al-Ankabut 1-3)

No comments:

Post a Comment