Thursday, February 19, 2009

Apa beza handset dan telefon bimbit?

“aku rasalahkan, Pas patut keluar dari Pakatan Rakyat,” ujar seorang rakan.

“aku sangat sedih bila hanya Pas sahaja yang beriya-iya nak pertahankan Pakatan Rakyat di Perak,”sambung seorang lagi.

“tengoklah apa dah jadi sekarang, makin bertimbun-timbun fitnah. Dengan isu memalukan seorang Exco Pakatan Rakyat di Selangor.Yang aku tak puas hati Pas terpalit sama,”seorang rakan lagi mengomel.

Walau apa yang difikirkan oleh sahabat-sahabat kita tentang isu hangat di setiap negeri-negeri Pakatan Rakyat. Rata-rata rakyat menyatakan sokongan padu pada PR. Biarlah dimomokkan dengan propaganda media menuduh PR itu ini. Tapi itu bukan persoalannya lagi.

Persoalan Utama

Persoalan utama ramai pihak sudah muak dengan politik, boleh dikatakan seperti hangat-hangat tahi ayam. Kejap menyatakan sokongan padu, kejap membaling tohmahan. bukan sahaja mereka yang dianggap innocent dengan politik sahaja yang benci suasana sekarang. Bahkan intelektual lulusan politik pun makin hari makin muak dengan insiden-insiden sekarang. Cukuplah berbicara mengenai isu hangat di tanah air kita ini. Cuma ana nak berkongsi apakah perlu politik dalam kehidupan kita?

Politik atau Siasah?

Kedengaran persoalan-persoalan yang makin terpahat dihati kita mungkin. Betulkah dalam Islam ada Politik? Ana tidak mahu menghuraikan apakah maknanya,kerana bukan bidang ana.tapi secara terang-terang dua ungkapan yang memang sudah dilihat sama itu! Apa beza handset dan telefon bimbit? Tiada bezanya bukan? Hanya sebutan. Ana tertarik dengan ulasan pendapat yang diberikan oleh seorang ulama, Imam Ibn-Qayyim Al-Jauziyyah apabila menyatakan siasah (politik) terbahagi kepada dua;

pertama: Siasah yang berasaskan keadilan yang merupakan sebahagian daripada Syariat Islam dan yang kedua merupakan Siasah yang berasaskan kezaliman yang perlu dijauhkan serta diharamkan oleh syara’ keatasnya.

Antara dasar parti A dan B,carilah yang dekat dengan Islam. Bukan kerana kita menyebelah satu pihak sahaja. Tetapi lihat dasar yang mana berasaskan batil dan haq. Mudah bukan? Kata orang toksah pening-pening kepala nak pilih. Kalau dasar haq, haq lah jawapannya jika ada mungkin pendokongnya ada masalah peribadi. Itu sudah jadi lumrah.

Siasah atau siasah syar’iyah sebenarnya telah lama bertapak sejak kedatangan Islam lagi. Hal ini tidak dapat ditolak lagi apabila diutusnya baginda junjungan Muhammad SAW sebagai salah seorang utusan Allah yang mana diperintahkan menjadi nabi, ketua negara dan pemimpin umat Islam dengan tertegaknya Negara Islam pertama ketika itu Madinah al Munawwarah.

Bukti terbela!

Ana dapat rasakan betapa pentingnya politik dalam gerakan-gerakan sesuatu jemaah. Tidak dapat ditolak lagi apabila melihat isu Gaza. Siapakah yang mempertahankan, ke mana pergi satu pihak lagi? Pihak mana yang banyak membela rakyat? Tidak dinafikan lagi apabila Hamas yang dahulunya dihambur fitnah sebagai parti gerakan radikel, terrorism, dan lebih perit apabila negara-negara Islam sekelilingnya sanggup menidakkan kemenangan parti itu ketika tanggal 2006 lalu, bertambah malunya kita apabila Negara kita tercinta juga menolak Hamas. Lihat bagaimana Allah seolah-olah menempelak semua Negara Islam sedunia apabila menyanjung perjuangan Hamas. Pejuang-pejuang jihad mengorbankan jiwa untuk pertahankan kesucian bukan sahaja tanah air malah kesucian amanah agama Islam. Lebih memalukan bila daerah yang kecil itu pun Negara Israel laknatullah terpaksa mengalah. Kemenangan memang berpihak kepada Hamas dan rakyat Gaza.

Akhir kata ana tinggalkan sepotong hadis untuk menjadi tatapan kita semua.insyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda

ايما رجل اشاع علئ رجل مسلم بكلمه هو منهما برئ يشينه بها في الدنيا, كان حقا علئ الله ان يذيبه يوم القيامة النار حتي يأتي بنفاد مقال

“Sesiapa yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara(perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (hadith riwayat At-tabarani)




No comments:

Post a Comment