Wednesday, February 18, 2009

salam mukadimah


Assalamualaikum warahmatullah di ucapkan kepada sahabat-sahabat seIslam. Puasku fikir, bermonolog, kadang-kadang mengeluh, kadang-kadang menjerit seorang diri, malah kadang-kadang aku berasa tidak puas jika rakan-rakanku tidak kira,tidak merasakan apa yang aku rasa. Rasa sensitif pada apa yang berlaku sekarang, terutama bertag muslim. Di mana letaknya kemarahan, ketidakpuashati kita pada penindasan di Ghaza, perlekehan puak musyrik pada Islam, dan seangkatannya. Dalam era penuh kontroversi kini, tidak kira hal duniawi dan ukhrawi, perlu dan mudahnya sesuatu puak menyatakan “I’m write!you are wrong!!”, mudah bukan? Hanya jari jemari yang bergerak melakar kalimah pada skrin komputer. Nah! Makin ramai yang terpengaruh. Secara ringkas aku perlu jua menyatakan realistik penulisan blog yang semakin menjadi senjata pada manusia seluruh dunia. Ada pro dan kontra jika kita mahu menyuntik secara halus stand masing-masing (dakwah atau dakyah)sehingga ke sanubari insan. Paling aku takuti bukan al hikmah yang dibawa,tapi al batil kian jua mendapat tempat di hati pembaca-pembaca blog. Siapa tidak kenal pada blog murtad Malaysia, bahkan blog-blog seangkatannya mudah pula di layari. Dengan apa ia tersebar?Blog atau weblah jawapannya!

Aku sudah banyak membaca blog rakan-rakanku seluruh dunia. Alhamdulillah para ulama makin rajin meningkatkan taraf blog masing-masing untuk menyampaikan sesuatu hukum atau pendapat berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Ada yang ibarat seperti aku, ilmu tidak lah sehebat mana tapi mampu menarik hati sekurang-sekurangnya sensitiviti pada isu-isu semasa, isu-isu sensitif agama dan isu-isu moral yang kian terhakis. Aku harapkan seluruh sahabat-sahabat gunalah kesempatan, tiada kalimah malas lagi jika musuh kian rajin menyampaikan dakyah. Makin hari makin teruk hanya Allah yang tahu. Inginku katakan isu agama amat penting untuk kita pertahankan, jangan dibiarkan musuh-musuh durjana menambat sahabat-sahabat kita yang tercari identiti hingga terpaut pada al batil. Akhir kata dariku, teruskan perjuangan masing-masing moga kita dapat menjadi benteng terakhir dalam pertahankan tanah air dan agama tercinta. Moga Allah memberi perlindungan khususan pada saudara-saudara Ghaza, para pejuang Hamas dan seluruh pejuang-pejuang agama seluruh dunia. Wallahu a’alam.



No comments:

Post a Comment