Sunday, March 21, 2010

World Water Day 2010


Akhir-akhir ini aku dapati cuaca mula kembali kepada asal. Hujan mula turun dua tiga kali dalam seminggu. Mungkin inilah fasa peralihan dari kemarau yang dialami sebelum ini. Yakni fasa perubahan el nino modoki kepada keadaan asal.hujan di sekitar selangor mula turun tiap petang bahkan di sekitar kampung halaman aku juga(rembau side) menampakkan hari beransul lembap disimbah hujan.

Walaupun para saintis meteorologi mengandaikan segala fasa alam yang terjadi adalah lumrah alam. Tapi alangkah baiknya jika segalanya kita berbalik pada Ad deen. Perhatikan di sekeliling kita siapakah yang menjadi pemangkin dalam wujudnya alam yang makin ternoda. Lidah kita mudah mengadaptasi segalanya kerana sunnatullah global warming, green house effect,el nino effect, pencemaran air kualiti dan sebagainya. Tapi kurang daripada kita yang kembali untuk bermuhasabah yang semua ini berlaku untuk mengingatkan kita sebagai hambaNya.

Pernahkah terfikir tangan siapakah penyebab semua terjadi?siapa yang membuang sampah, membakar dan melonggokkan sampah di mana sahaja hingga terbeban air sungai, bahkan siapa yang punyai kenderaan sendiri yang menghasilkan gas beracun karbon monoksida tiap-tiap hari?maka pandang dan lihat lah tangan dan kaki anda semua ini tak lari dari perbuatan kita semua.hal inijuga sebagai peringatan kepada diriku.

Hari ini merupakan kempen air sedunia.maka setidak-tidaknya kita beringat air amat penting dan berjimat-jimatlah sebelum telambat.

Selamat berkempen World Water Day 2010’ 22March 2010.

Ingat sunnah nabi. Berwuduk dengan air yang secukupnya adalah sunat berwuduk. Sunat pahala didapati insyaAllah

Sesungguh nya benarlah adden annasihah.

(tertarik dengan penemuan saintis di antartika yang mengandaikan zaman ini akan menemui musim tropika di sana!)-insyaAllah link dan khabaran akan diposting kelak.

Salam ukhwah


1 comment: