Tuesday, August 4, 2009

selsema babi H1N1 adakah sekadar penyakit?

kebimbangan penduduk dunia amat ketara

Sabda Rasulullah SAW:-

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi

semua amaran yang telah disampaikan rasulullah saw telah terjadi pada kita (15 perkara dia atas). Bala yang terkini adalah penyakit selsema babi H1N1 telah menyerang bukan di negara Mexico(sebelum ini) sahaja? Malah seluruh dunia. Setiap negara masih tidak dapat mengelak kemudaratan penyakit yang senang menular dengan cepat. Walaupun dilaporkan terdapat penyembuh yang telah dikaji oleh penyelidik saintis, tetapi ia hanya ura-ura sahaja. MasyaAllah, moga kita dijauhkan dari ujian penyakit tersebut.

No comments:

Post a Comment