Monday, November 23, 2009

Muhammad Zafran Syahmi bin Mohd Shahrizan

dah jadi kak long!


Tanggal 22hb November 2009 merupakan tarikh bermakna bagi keluarga Shahrizan dan Rabiatul Adawiyah.

Mana tidaknya, kelahiran anak mereka yang kedua menambahkan lagi bilangan seorang hamba Allah di bumiNya.

Syukur pada Ilahi yang telah menambahkan lagi ceria bagi keluargaku, kedatangan anak pertama alang membuatkan rasa gembira pada kami sekeluarga.

Anak kedua alang menambahkan lagi seorang anak buahku, tapi yang istimewanya bayi tersebut adala lelaki! Yakni diberi nama Muhammad Zafran Syahmi bin Mohd Shahrizan. Anak pertama, yakni kak long Zafran sekarang diberi nama Nursyifa Raihana binti Mohd Shahrizan

Alhamdulillah moga dia jadi penguat benteng untuk Islam.

insyaAllah jika ada rezeki akanku uplode gambar-gambar bayi Zafran.

Friday, November 20, 2009

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009


KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Lagi berita…harakahdaily

Teringat pada pimpinan-pimpinan ikhwan..siapakah ulama yang berani kehadapan selain Tok guru?hanya segelintir sahaja yang berani mengkritik kerajaan bagi penambah baikan untuk rakyat..moga tok guru tabah hingga akhir hayatmu..takbir!