Tuesday, August 11, 2009

penyakit ganjil akhir zaman


pesakit H1N1 bertambah hari demi hari-gambar hiasan

Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).” (HR: Ibnu Majah)

Friday, August 7, 2009

temankan kami ya Allah menyemai ia dengan taqwa

Ya Allah temankan lah kami ke jalan Islam sepenuhnya
Align Left

Termenung sejenak apabila melihatkan gelagat sahabat-sahabat yang mencoretkan blog masing-masing.

“kenapa rasional penulisan kita semakin menuju keperibadian? Kenapa blog disinari dengan fitnah?”detik hatiku.

Aku pernah menyatakan aku tidak berminat hendak mengetahui hal peribadi rakan blog malah cerita-cerita diri sendiri! Hanya minat pada kisah melibatkan sejarah Islam dan rencana semasa. Bukan kesalahan seperti peribadi bloggers yang hendak disandarkan pada kurangnya minatku. Tetapi jika ia berkaitan dengan semangat kecintaan kita pada Islam tidak menjadi masalah. Malangnya terdapat bloggers yang menampakkan kelemahan diri sendiri, khususnya para muslimat. Kenapa perlu menulis hal peribadi jika anda benar-benar hendak menulis cinta anda pada Islam? Kenapa perlu berbunga-bunga ayat menampakkan anda muslimat yang lemah lembut santun peribadi? Menyelitkan sekali gambar anda walaupun berpurdah? Tidak sedarkah sedetik jari kita bisa memancarkan fitnah?

Pernah aku terlihat nickname lelaki yang beria-ria memberi komen dan post pada shoutbox. Berborak bagaikan lari dari niat sebenar. Mula hendak berkenal-kenal dengan bloggers terutamanya perempuan?! Hai sukar sungguh hendak aku sampaikan hal sebegini tika rancaknya penulis blog memeriahkan blog masing-masing. Termasuklah aku tidak ketinggalan cuba menyemai laman yang dibina. Jika tidak terusik hati bila teguran sailfulislam menolak bagi blog yang terbiar tanpa disemai tuannya dengan posting terkini.

Bagi blog milik lelaki pula, walaupun tidak berbunga tetapi seerti dengan apa yang dinilai. Kisah peribadi usahlah ditekan sedalam-dalamnya sehingga menarik minat pembaca wanita. Jika kita benar hendak tingkatkan bantuan kita pada Islam teruskan, selitkanlah kisah ringkas anda jika ia mendatangkan manfaat pada semua pembaca. Usahlah menceritakan kesukaan anda pada wanita idaman itu ini. Tiada manfaat tapi mendatangkan khianat pada Islam.

Bukanlah hendak menuding jari pada sesiapa. Aku sedar dan jua membuat kesilapan. Moga dapatku perbaiki lagi penulisan ini untuk Islam.

Teruskanlah anda menulis blog untuk menongkah fitnah yang bertalu-talu pada Islam. Usahlah membina fitnah yang berlarutan pada Islam. Aku dan antum sangat sayangkan Islam.. itu tidak dapat dinafikan hingga akhir hayat.

Mungkin sukar hendak memahami apa yang hendak aku sampaikan. Aku tidak kisah tetapi hatiku mengatakan patut jua sampaikan di sini. Wallahu a’lam..

Tuesday, August 4, 2009

selsema babi H1N1 adakah sekadar penyakit?

kebimbangan penduduk dunia amat ketara

Sabda Rasulullah SAW:-

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi

semua amaran yang telah disampaikan rasulullah saw telah terjadi pada kita (15 perkara dia atas). Bala yang terkini adalah penyakit selsema babi H1N1 telah menyerang bukan di negara Mexico(sebelum ini) sahaja? Malah seluruh dunia. Setiap negara masih tidak dapat mengelak kemudaratan penyakit yang senang menular dengan cepat. Walaupun dilaporkan terdapat penyembuh yang telah dikaji oleh penyelidik saintis, tetapi ia hanya ura-ura sahaja. MasyaAllah, moga kita dijauhkan dari ujian penyakit tersebut.

Himpunan Bantah ISA


menyamar jika dikesan SB (lepas kene wasap asid n water canon)



Tok Guru Hadi Awang beri ucapan depan pejabat Agung PAS, KL


orang Rembau Cikgu Bad


no ISA


water canon menyerang mangsa


bak lembu mengganas cari metedor


laluan Dato Seri Anuar Ibrahim dan Lim Kit Siang


ribuan di bandaraya


pepolis?kepolisan? hoho


semangat 1 Malaysia? (kongsi garam sesama rakyat)


bergerak dari chekpoint SOGO


aku dan kawan lain hampir ditangkap bila dikepung di kedai kain


kami tak nak akta ISA ada di Malaysia


time zohor.. di Masjid Jamek tapi polis sibuk menahan orang ramai yang dikecam terlibat demonstrasi..polis Malaysia

berita yang tak benar dijaja oleh media pro BN yang aku kesan depan mata sendiri:-

1. terlibat hanya orang melayu 95%
(akta zalim ISA benar-benar ditolak semua bangsa. aku jumpa semua kaum disana, hampir separuh-separuh.)

2. kerugian disebabkan demo
(rugi hanya setelah polis arah tutup kedai dan tengking peniaga yang masih buka premis. walhal sebelum polis tahan dan bentak para peserta demo, kaki lima bangunan pun tak disentuh oleh mereka yang terlibat demo)

3. remaja yang serta demo dibayar oleh individu
(tak dak bayaran pon..inisiatif sendiri je nak serta..entah bila nak tunggu orang tua yang pro BN turun tak tau lah)

4. susahkan orang ramai
(apa yang susah?jalan KL besar dan demonstrasi sudah dimaklumkan awal tahun ini..maka itu alasan penyedap hati)