Tuesday, March 31, 2009

kenanglah jasa ibu bapa

amat sukar titisan mata taubat padaNya


Apabila menghayati lirik ‘ibu mithali’ daripada kumpulan Nada Murni (dipopularkn semula oleh Rabbani)..sayu rasanya..terhapus segala ego lelakiku. Benar ego setiap manusia hanya akan punah jika dihalusi dengan kisah ibubapanya dibentangkan dihadapannya. Diiramakan dengan lagu-lagu syahdu sebegini mudah untuk kita meningkatkan rasa takwa kita pada Allah.

Benar kata-kata guruku tika sekolah dahulu, “untuk anak-anak lelaki khususnya...jika kamu sukar untuk menitiskan mata mengenangkan dosa lalu..jika sukar pada malam hari untuk memaksa titisan mata keluar hapusan api neraka tika bertaubat depan Ilahi..maka ingatlah ibu bapamu..lakarkan wajah mereka tika itu..sujud padaNya meminta taubat padaNya..tika itu nescaya titisan mutiara takutkan Allah akan terbentuk..insyaAllah”

Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Mungkin kita mudah lupa tanggungjawab sebagai seorang anak, berapa banyak panggilan khabar kita utuskan pada mereka. Makin tinggi kaedah berkomunikasi kita, makin rasa terbeban hanya untuk ibu bapa. Beringatlah kita mudah untuk menekan butang telefon bimbit menghantar mesej pada kenalan, pada kekasih, pada sesiapa sahaja. Tetapi kenapa tidak pada ibu bapamu?

Ingatlah kawan-kawan, tetapkan pada diri kata-kata ini..Aku bukan datang dari keluarga senang, aku bukan datang daripada keluaga para Raja, aku sukar menunjukkan kasih sayang pada mereka. Maka dengan ingatan doa ampunan buat mereka bisa menyinari sinar hidayah pada wajah mereka. Ampunkan dosa kedua ibu bapa kami semua ya Allah..amin..

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya:

Aku telah bertanya kepada rasulullah SAW:”apakah amalan yang amat dikasihi Allah?Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian jihad fisabilillah."

Abdullah bin Umar r.a. berkata:

"Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Didalam melayani keduanya harus berjihad."

Ampunkan dosa ibuku,Kamsiah Saji dan ayahku,Md Aris Bidin..amin ya Allah..

Sunday, March 29, 2009

Kemakmuran rakyat ditangan mereka- Petani Berjasa

Nostalgia Lagenda Nada Murni oleh Hijjaz


Nostalgia Nada Murni oleh Rabbani


Tika aku meneliti album Nada Murni yang diperbaharui semula oleh ahli lama kumpulan terbabit daripada Hijjaz dan Rabbani (album berasingan seperti pada gambar). Aku terpandang tajuk lagu yang belum aku dengar lagi selama ini. ‘Petani Berjasa’, lantas aku terus mainkan lagu itu.

Indah juga mesej yang disampaikan, bagaimana kumpulan Nada Murni begitu menghargai jasa orang lain. Jika kenal dengan Nada Murni mungkin kawan-kawan hanya melihat konteks jihad dan seruan ubudillah sahaja bukan? Dakwah itu luas, sangat luas. Sehinggakan seorang petani dilihat sangat berjasa pada negara dan rakyat. Kemakmuran rakyat ditangan mereka’, ungkapan yang tanpa sedar besar maksudnya pada kita.

Lirik yang indah sesuai didengari oleh manusia yang makin lupa kini. Zaman sang remaja asyik dengan lagu-lagu kecintaan manusia, hingga menjadi pemangkin pada kemaksiatan. Nasyid yang kearah cinta Yang Satu juga makin kurang,mungkin album pembaharuan Nada Murni ini patut didengar. Lagu-lagu Nada Murni yang pernah dipopularkan semula oleh Rabbani dan Hijjaz tika dahulu juga dimuatkan semula dalam kedua-dua album tersebut dengan pengekalan lirik dan irama asal. Maka dapatkannya dalam koleksi album, jangan hanya memuat turun hingga melemahkan kaedah mereka dalam berdakwah. Ayuh dapatkan kedua-dua album.


petani berjasa

Thursday, March 26, 2009

Haram tonton wayang~Mufti Arab Saudi~

Sheikh Abdul Aziz Alu Al-Sheikh(kiri gambar)

Sedang aku membelek akhbar metro,terlihat satu artikel yang menarik untuk aku baca. Artikel harian metro bertarikh 26 Mac 2009 ‘Haram tonton wayang:Mufti Besar Arab Saudi, Shekh Abdul Aziz Alu al-Shekh’.

Aku cuba mencari secara terperinci untuk aku jadikan pendapat soheh berbanding dengan tabloid metro. Memang ada sumber-sumber lain-klik arabeastern.com-.

Sah! Memang ungkapan tersebut adalah daripada kata-kata Mufti terbabit bagaimana beliau mengulas bahawa menonton wayang atau teater adalah melalaikan. Beliau menambah bahawa hobi terbabit bisa melanggar syariah Islam. Walaupun itu adalah kenyataan seorang yang alim walaupun belum sampai kepada fatwa jamhur ulama. Tetapi zaman modenisasi ini perlulah kita mendengar pendapat yang alim kerana mereka bukan mengulas mengikut nafsu semata-mata. Bukan kerana ada tv dirumah dan menyamakan dengan wayang, amat tidak adil kerana bagiku menonton wayang seseorang itu tidak akan mudah untuk meninggalkan tempat duduknya hanya semata-mata pergi ke tandas sekalipun! Kalau waktu solat bagaimana?sanggup keluar?aku rasa amat berat hendak tinggalkan sedikit masa walau sesaat hanya kerana menonton wayang.

Mungkin rakan-rakan berfikir kenapa tidak menonton malam? Mudah hendak perkatakan menonton wayang malam, bagaimana dengan anak-anak perempuan kita jika mereka minta keluar menonton wayang malam hari. Bagiku tiada siapa yang akan perkenankan. Betul? malah bagiku menonton wayang malam hari hanya menyebabkan kita meninggalkan ibadatussa’ah kita tersia-sia sahaja. Belajar satu ibadah bukan? Aku juga menganggap bahawa bermain futsal malam hari lebih baik daripada menonton wayang. Sebab apa? Sebab sukar untuk wayang dinyatakan ibadah kerana bermain merapatkan ukhwah insyaAllah ada ganjaran. Tapi pergi menonton di pawagam melihat aurat wanita pula amat sukar dilihat dimana ibadah dapat dilakukan. Kartun pula bagaimana? Itu alasan sahaja, berapa banyak kartun yang ada di sana? Akhirnya nanti kita akan terjebak juga pengaruh wayang dan mudah sahaja kaki nak melangkah ke pintu besar panggung wayang itu.

Firman Allah SWT:-

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata -Albaqarah 2:208-

Tuesday, March 24, 2009

Alam Semesta berbentuk Sangkakala


Mungkin ini adalah berita baru untukku. Mungkin juga berita lama buat kawan-kawan. Tapi penemuan tersebut membuatkan aku rasa alangkah indahnya Pencipta kita,Allah (SWT) Maha Berkuasa.

Berikut aku cuba terjemahkan secara ringkas artikel penemuan tercatat pada blog Muhammad ul Din.

Muhambat ut Deen

4 april 2004

Konsep penemuan didapati daripada data yang dicerap dan dikeluarkan oleh NASA, agensi angkasa pada 1996, yang mana menunjukkan gelombang mikro radiasi adalah sangat miring( very faint) daripada Big Bang 13 billion tahun lalu adalah tidak terbahagi kosmos secara menyeluruh. Kurangnya kerataan dipanggil ‘anisotropy’- dipersetujui skala besar bentuk model alam semesta tersebut adalah mendatar, sebelumnya dikatakan ia akan menjadi space-time yang rata, ADALAH SALAH SAMA SEKALI.

Kemudiannya, para kosmologi cuba menyelesaikan data yang terdapat dari Cosmic Background Explorer (COBE) jet angkasa menggambarkan kepada mereka apakah kaitan bentuk space-time pada alam semesta. Satu kumpulan pengkaji mencadangkan alam semesta berbentuk seperti bola. Tapi ia akan mencacatkan pola background radiation- yang mana tidak akan dijumpai kajian lanjutan.

Space yang rata menurut kosmologi, adalah ‘blob’(tompokan)- titik-titik panas dan sejuk- dalam background radiation harus berbentuk bulat. Tapi cerapan menunjukkan kesemuanya berbentuk elips. Hal ini boleh dibentukkan dengan mengatakan lengkungan pada alam semesta jika berbentuk trompet, ulas Prof Steiner.

‘space’ dalam semua bahagian terompet adalah berbentuk pelana, seperti kepingan potato Pringles. Sebagai contoh space lengkungan negative mesti bersifat lensa lengkung, imej membelok pada sekeliling blob menunjukkan berbentuk elips pada ahli asteronomi.

Selain itu, sebuah alam semesta yang berbentuk trompet mempunyai blob yang besar lebih daripada 60 darjah melewatinya akan hilang. Sehingga kini, saintis menjumpainya sebagai bukti.


Dan Dia lah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: "Jadilah", lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar. Dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Ia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, dan Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.


Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).

Alangkah indahnya apabila mendapat tahu bentuk alam semesta yang kita diami ini berbentuk trompet (sangkakala). Aku tidak dapat bayangkan kuasa Maha Pencipta Allah(SWT) bagaimana malaikat Israfil meniup sangkakala, bersedia menerima perintah Allah (SWT) untuk meniupnya. Subhanallah..

Makin hari makin timbul bukti-bukti kebenaran Maha Pencipta

sumber lain- new scientist