Wednesday, March 11, 2009

kebodohan lembu??

Seperti hari-hari biasanya, aku akan membaca segala jenis akhbar online. Tidak kira tabloid ataupun apa sahaja. Dalam membaca beberapa berita daripada website tersebut. Mengucap aku bila mana aku membaca artikel berita berkenaan khianat zalim yang dilakukan manusia, apakah ini kelibat hadirnya tanda-tanda peringatan Allah pada para hambanya.

“masyaAllah…”aku mengurut dada aku bila menatap berita bertajuk Wanita Setan di website Harian metro. (klik terus ke berita hmetro).

Secara ringkasnya, berita melaporkan sifat kebinatangan manusia pada manusia lain. Menzalimi wanita hanya kerna wang mungkin? menjual kaum sendiri pada binatang manusia. Bertambah jijik apabila yang memperlakukannya adalah kaum sejenis wanita itu sendiri.

Bukan sekali dua berita-berita yang khianat seperti ini banyak dilaporkan pada orang ramai. Cakap sahajalah apa yang tidak pernah keluar. Ibu mati ditikam anak? Bayi dibunuh kejam? Rompakan? Semua pernah kita dengar.

Anda sahaja yang menilai, apakah hati kita semakin redha berita-berita khianat ini?


Lebah pula mula generasi berakal?


Saifulislam.Com

Aku salah seorang pembaca setia website ustaz saif(hasrizal), begitu jua anda mungkin? Beliau baru-baru ini menghuraikan erti sebenar sifat manusia yang sudah tidak takut dengan hukum dunia (‘takut yang sudah lama tercabut’). Manusia sebenarnya dalam ketakutan. Terang-terang menunjukkan manusia kini amat memerlukan suatu undang-undang@hukum yang bisa ‘menggari tangan’ si perosak. Apalagi kalau bukan hukum Ilah? Hukum hudud. Kerana apa aku katakan begini, kerna memang rata-rata manusia amat takut dengan kalimah hudud. Jika dipermainkan dibibir para pemimpin, kelam kabut sang pemimpin lain mahu menghalang ia dilaksanakan. Adakah hanya itu yang mampu mereka lakukan? Hanya pandai bermain api ‘dolak dalih’ kerana hanya tidak sepakat. Jika benar seseorang itu ikhlas ingin menerima undang-undang Allah. Al-Quran dan Sunnah baginda Muhammadlah jawapan sebenar hudud. Betapa keji bila hudud dipermain-mainkan media arus masakini. Hanya kerna menuding jari pada parti pembangkang, hudud pula dijadikan barang pelontar. Mempertakutkan manusia lain dengan kaedah pelaksanaan hudud hanya pada Qisos, dan tidak secara menyeluruh. Tanpa ragu-ragu sebenarnya mereka menghukum kalimah Allah, menolak sunnah nabi, dan memandang hina undang-undang Allah. Addin Annasihah(agama itu sendiri adalah nasihat).


Hudud pernah dicanangkan?

Beberapa hari lalu, aku terpandang keratan akhbar harakah bagaimana Tun Mahathir pernah memperkatakan kerajaan pusat UMNO sedia untuk menerima hudud jika pembentangan hudud adalah sebenar daripada undang-undang Islam (harakah muka surat F23,6-8 Mac 2009). Adakah hudud lain wujud hanya kerna Pas yang bawa? Bukan aku hendak menyebelahi sebelah pihak sahaja. Sudah terang-terang pula hanya Pas yang beria-ria mahu undang-undang Allah mahu dilaksanakan. Takkan hanya kerna parti kita mahu berbalah. Lihatlah topik tersebut berlaku pada awal 90han. Kini apa yang kita dapat daripada topic itu? Aku tidak mahu bahaskan hal ini kerana anda lebih tahu.


Kebodohan lembu

Kembali pada tajuk diperkatakan. Aku dan anda jua pasti mempunyai perasaan yang sama, apabila membaca berita-berita berkenaan, hanya kerisauan yang mampu kita fikirkan. Risau pada keluarga, rakan-rakan malah masyarakat yang bergelar muslim utamanya. Kerisauan yang tidak terhingga kerana keselamatan sudah terang-terang lagi bersuluh tidak terjamin, kerosakan makin melanda dunia dan khianat seorang insan bernama makhluk Ilah pada dunianya sendiri. Kebodohan lembu gamaknya berani aku perkatakan di sini.

Malangnya lembu berkeadaan begitu kerna tiada akal. Tetapi apabila manusia bertindak begitu, alangkah rendahnya darjat manusia daripada binatang ternakan itu. Moga apa yang aku perkatakan di sini dapat membuka fikiran kita untuk menjadi seorang yang sentiasa sensitif. Kerana umat Islam sudah mula hilang rasa sensitifnya pada saudara-saudaranya. Rindulah pada sifat ambil berat kita pada saudara lain, ingat bukan menjaga tepi kain orang, tetapi menjaga kebajikan orang.

Moga Allah memberikan kekuatan pada kita semua, moga Allah selamatkan kita semua dunia akhirat.

bagaimana Allah berfirman:


Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendakkan kebaikan bagimu, maka tidak ada yang dapat menolak dari kurniaanNya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang dikehendaki di antara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun,Maha Penyayang.-surah Yunus 107-


note-Mohon maaf ayat 107 surah Yunus tidak berapa terang. Kesilapan amat dikesali.

No comments:

Post a Comment