Apabila aku lihat semakin hari semakin berat fitnah diterima pada gerakan Islam. Awal tahun ini apabila diwar-warkan fitnah kepada HAMAS melalui panggilan seorang pendengar Ikim.fm mengutuk HAMAS sebagai pertubuhan syiah. Ada juga rakan barubaru ini yang mempersoalkan perjuangan HAMAS, hanya mempercayai kata seorang yang ber- title ustaz menuduh HAMAS membunuh rakyat Palestin.
Aku terus mengkaji siapakah HAMAS sebenar, paling terbaru rujukan pada karya Ustaz Maszlee Malik yang bertajuk ‘HAMAS Perjuangan Kota Suci Baitulmuqaddis’. Walaupun aku tidak mengkaji secara mendalam, aku yakin HAMAS adalah gerakan Islam yang benar-benar mahu membela Islam, bahkan kebajikan umat Islam. Usah dipersoal lagi, tika rakyat Gaza dicabuli pembunuhan kejam, siapakah yang tampil kehadapan untuk membela? Media sekular seluruh dunia pun mengakui HAMAS yang berusaha memangkah kekejaman Israel.
Berikut sedikit petikan daripada karya ustaz Maszlee Malik yang mengepilkan sekali pesanan HAMAS untuk umat Islam di Malaysia.
“umat Islam di Malaysia sekalian, mejadi pemerintah tidak mudah.apalagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintah itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD3 bilion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.”
“kami yakin, saudara-saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan daripada Negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim zionis. Persoalannya, dimanakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?”
Sedikit petikan pesanan daripada
Khalil Ismail al-Hayya
Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin,
14 Mei 2006.
Berikut secara ringkas sejarah HAMAS yang aku dapati daripada salah seorang pembaca tranungkita.net.
Sejarah HAMAS
Namun, semasa intifada pertama gerakan Ikhwanul Muslimin telah menaikkan Hamas kepada gerakan atau parti politik Islam utama Palestin bertujuan untuk fokus perjuangan Islam di Palestin sementara Ikhwanul Muslimin fokus kepada perjuangan Islam di Mesir dan negara-negara Islam yang masih belum ada parti politik Islam.
Walaupun Hamas dan Ikhwanul Muslimin telah 'berpisah' namun Hamas seperti mana gerakan Islam lain di seluruh dunia tetap berpegang kepada manhaj Ikhwanul Muslimin sebagai rujukan utama dan menjalin pakatan rapat dengan Ikhwanul Muslimin. Malahan, gerakan Ikhwan yang menyalurkan senjata kepada Hamas melalui sempadan Gaza-Mesir.
PERJUANGAN HAMAS
Hamas meneruskan perjuangan Ikhwanul Muslimin di mana Hamas berjuang untuk menubuhkan Negara Islam Palestin dan menghalau penduduk Yahudi daripada bumi Tebing Barat. Hamas yang mula-mula sekali menubuhkan skuad pejuang berani mati sehingga ditiru oleh gerakan paramilitary lain di seluruh dunia.Kekuatan Hamas sangat digeruni Israel dan Amerika Syarikat. Itu sebab kenapa Amerika tetap tidak mengiktiraf Hamas kerana keberanian jihad pejuang-pejuang Hamas sukar ditandingi oleh ketumbukan tentera Israel.
BEZA HAMAS DENGAN FATAH
Walaupun Hamas dan Fatah mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu memerdekakan negara Palestine, namun mereka mempunyai jurang yang besar dalam pendirian politik (siasah).
HAMAS berjuang untuk menegakkan NEGARA ISLAM PALESTINE....sedangkan
FATAH berjuang untuk menegakkan NEGARA SEKULAR PALESTINE....
BEZA HAMAS DENGAN HIZBULLAH
Ramai yang keliru antara Hamas dengan Hizbullah sehingga ada yang menyatakan bahawa mereka satu gerakan. Ini adalah satu kesilapan yang besar.
HAMAS berpegang kepada akidah AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH dan berjuang untuk PALESTINE......
sedangkan...
HIZBULLAH berpegang kepada akidah SYIAH dan berjuang untuk selatan LEBANON....
Daripada Laksamana.
Sumber:-
http://en.wikipedia.org/wiki/Hamas (Hamas)
http://en.wikipedia.org/wiki/Fatah (Fatah)
http://en.wikipedia.org/wiki/Hizbullah (Hizbullah)
Akhir kata
“akan sentiasa ada dikalangan umatku yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa yang menentang mereka.”
Lantas para sahabat bertanya, “dimanakah mereka, wahai utusan Allah?”
Beliau menjawab,” di baitulmuqaddis dan sekitar Baitulmuqaddis.”
Hadis riawat Ahmad
No comments:
Post a Comment