Saturday, March 7, 2009

adakah sia-sia sang 'anak' merayu pada sang 'bapa'?


Penduduk Paris bantah pencabulan asasi Israel terhadap penduduk Ghaza


Rakyat Tanah Melayu berdemo bantah Malayan Union sekitar 50an


Rakyat Swiss kelihatan tolak Forum Ekonomi Dunia


Demonstrasi Perancis tolak calon Le Pen


“ah demo ni kerja orang kufar la!” cetus kawan kenalanku.

“sia-sia sahaja demo..tengok kerajaan wat dono saja,” tambah seorang lagi.

Aku tersenyum sahaja bila mana ramai yang menyokong bantah 100,000 PPSMI kelmarin, tidak kurang juga yang mengkritik.

Adat resam dunia, jika ada penyokong di situ juga ada pengkritik. Jika tidak rasa kurang cabaran perjuangan.

Mudah sangatkah perjuangan Muhammad SAW ?

Terkenang aku mengingati sejarah perjuangan para nabi. Dideritai dengan perang saraf para penolak agama samawi. Hinggalah tibanya giliran Baginda Muhammad SAW. Malah cabaran yang diterima para sahabat juga diingati hingga sekarang. Pelbagai rintangan tika sekelumit umat Islam ketika awal risalah nabi, direjam dengan kejam, diseret padang pasir, disekat bekalan makanan, dipisah-pisahkan kaum, dan banyak lagi rintangan.

Jika mudah para nabi membawa risalah kebenaran, adakah wujud demonstrasi perjuangan seluruh dunia?

Seluruh dunia menyampaikan mesej masing-masing dengan secara jemaah. Lumrah manusia akan nyatakan sesuatu secara beramai-ramai. Ya itulah jawapannya.

Lumrah manusia

Realiti demonstrasi atau gerakan jemaah telah digambarkan ketika anak kecil berada dalam kelas didikan tadika lagi. Ikuti insiden yang berlaku di bawah menggambarkan sesuatu mesej dapat disampaikan secara berkumpulan.

“cikgu! Saya tak mahu Ali jadi ketua kelas. Sebab dia selalu kacau saya cikgu,”ujar Ahmad

“eh mana ada cikgu? Saya boleh apa jadi ketua kelas,”sangkal Ali.

“tak nak..kami tak nak Ali jadi ketua kami!!” sahut rakan-rakan sekelas.

“ok2, bertenang..begini..kita buat undi berkelompok.. siapa nak Ali jadi ketua kelas angkat tangan ya anak-anak sekalian..” balas guru tadika tersebut.

Akhirnya beramai-ramai menyatakan undi 'tidak percaya' Ali menjadi ketua kelas Tadika Pasti itu. Walaupun ada segelintir rakan Ali tetap menyokong dia.

Bacul bila ketua tidak endah hasrat ramai

Mungkin ada yang beranggapan hasrat rakyat masih ditakuk lama, tiada kesan segala demonstrasi. Siapa tahu jika hasrat kita secara ramai membuka mata para pemimpin kerajaan mahupun bukan kerajaan memikirkan semula keberkesanan sesuatu isu dibangkitkan.

Malangnya, media-media akan terus menjadi orang tengah dalam sesuatu isu. Bukan di Malaysia sahaja. Tapi seluruh pelosok dunia. Mereka akan terus membela kerajaan hingga sanggup menidakkan rakyat.

“100,000 pro pembangkang turun ke ‘bantah PPSMI’ berani melakukan kekacauan di sekitar Kuala Lumpur” laporan sesuatu berita.

Itukah niat asal media dibangunkan? Apakah terbela nasib seorang pakcik, makcik, anak-anak kecil dan para pejuang bahasa serta orang awam turun menunjukkan hasrat penolakan PPSMI? Apakah nasib ibu bapa yang turun ketika itu kerana tidak sanggup lagi melihat anak-anaknya terus berada dibelakang kedudukan kelas? Apakah nasib adik-adik generasi kita yang makin lama makin kurang minat ilmu?

Media hanya teruskan permainan catur mereka. Melaporkan kejayaan PPSMI. Tapi sanggup memakan nanah anak-anak yang tercicir ilmu pengetahuan. Sedih bila mana mengetahui adik-adik kecilku di sana mendapat A tapi purata markah terbaik 50%.

Sungguh bacul bilamana kerajaan dan pihak terbabit hanya tidak endah dan terus berada dipersada di 'kerusi empuk' masing-masing.

Aku terus termenung melihat yang haq makin hari makin disanggah..hmm..

Moga Allah memberikan pertolongan pada para pejuangNya..amin..


No comments:

Post a Comment