Termenung sejenak apabila melihatkan gelagat sahabat-sahabat yang mencoretkan blog masing-masing.
“kenapa rasional penulisan kita semakin menuju keperibadian? Kenapa blog disinari dengan fitnah?”detik hatiku.
Aku pernah menyatakan aku tidak berminat hendak mengetahui hal peribadi rakan blog malah cerita-cerita diri sendiri! Hanya minat pada kisah melibatkan sejarah Islam dan rencana semasa. Bukan kesalahan seperti peribadi bloggers yang hendak disandarkan pada kurangnya minatku. Tetapi jika ia berkaitan dengan semangat kecintaan kita pada Islam tidak menjadi masalah. Malangnya terdapat bloggers yang menampakkan kelemahan diri sendiri, khususnya para muslimat. Kenapa perlu menulis hal peribadi jika anda benar-benar hendak menulis cinta anda pada Islam? Kenapa perlu berbunga-bunga ayat menampakkan anda muslimat yang lemah lembut santun peribadi? Menyelitkan sekali gambar anda walaupun berpurdah? Tidak sedarkah sedetik jari kita bisa memancarkan fitnah?
Pernah aku terlihat nickname lelaki yang beria-ria memberi komen dan post pada shoutbox. Berborak bagaikan lari dari niat sebenar. Mula hendak berkenal-kenal dengan bloggers terutamanya perempuan?! Hai sukar sungguh hendak aku sampaikan hal sebegini tika rancaknya penulis blog memeriahkan blog masing-masing. Termasuklah aku tidak ketinggalan cuba menyemai laman yang dibina. Jika tidak terusik hati bila teguran sailfulislam menolak bagi blog yang terbiar tanpa disemai tuannya dengan posting terkini.
Bagi blog milik lelaki pula, walaupun tidak berbunga tetapi seerti dengan apa yang dinilai. Kisah peribadi usahlah ditekan sedalam-dalamnya sehingga menarik minat pembaca wanita. Jika kita benar hendak tingkatkan bantuan kita pada Islam teruskan, selitkanlah kisah ringkas anda jika ia mendatangkan manfaat pada semua pembaca. Usahlah menceritakan kesukaan anda pada wanita idaman itu ini. Tiada manfaat tapi mendatangkan khianat pada Islam.
Bukanlah hendak menuding jari pada sesiapa. Aku sedar dan jua membuat kesilapan. Moga dapatku perbaiki lagi penulisan ini untuk Islam.
Teruskanlah anda menulis blog untuk menongkah fitnah yang bertalu-talu pada Islam. Usahlah membina fitnah yang berlarutan pada Islam. Aku dan antum sangat sayangkan Islam.. itu tidak dapat dinafikan hingga akhir hayat.
Mungkin sukar hendak memahami apa yang hendak aku sampaikan. Aku tidak kisah tetapi hatiku mengatakan patut jua sampaikan di sini. Wallahu a’lam..
No comments:
Post a Comment