Thursday, October 1, 2009

Surah yang Memberi Syafaat


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Di dalam al-Quran ada sebuah surat yang mempunyai tiga puluh ayat. Surat itu dapat memberikan syafaat kepada seseorang sehingga orang itu diampuni, iaitu surat Tabarakal ladzi biyadihil mulk - yakni surat al-Mulk."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Wednesday, September 9, 2009

Salam ramadhan buat seluruh rakan muslim

sejuk mataku melihat seorang sahabatku saudara baru Islam menunaikan solat terawikh berjemaah d masjid ukm..ini adalah ramadhan pertama buatnya..malangnya lewat nak ucapkan salam ahlan wasahlan..beliau hilang di mata..doakan beliau (Chua) teguh iman bersama Islam hingga ke hayatnya~amin..

Wednesday, September 2, 2009

Perang Microsoft Word


1. Buka Microsoft Word.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY

(Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu)

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48

4. highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font Wingdings.

Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) . Kemudian ada lambang tengkorak dan lambang yahudi .perancangan atau ilusi sekadar tidak disengajakan. Nilai dalam diri

sumber-internet

Qunut Nazilah dan Terjemahan

Tuesday, September 1, 2009

pemimpin Islam yang sanggup mati kerana tegakkan Islam

Dari 'Auf bin Malik, katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu doakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua."

"Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu semua, juga yang kamu laknati mereka dan mereka pun melaknat kamu semua."

'Auf berkata, kita para sahabat lalu berkata, "Ya Rasulullah,apakah kita tidak boleh menentang kepada pemimpin-pemimpin yang sedemikian itu?"

Beliau s.a.w. bersabda, "Jangan menentang mereka, selama mereka masih tetap mendirikan solat di kalanganmu semua."

(Riwayat Muslim)