Setelah selesai membaca doa secara berjemaah tika solat jumaat. Aku berjumpa dan bersalaman dengan sahabat aku.
“apa khabar amar,”kami berjabat tangan.
Dengan senyuman aku balas.
“kau tahu tak ura-ura budak PIPAQ mungkin akan ke FPI?”katanya.
Aku tekejut bila mendengar khabar yang mungkin ada pro dan kontranya. Kami berborak sebentar untuk mengetahui dimanakah benarnya ura-ura itu. PIPAQ atau senang dikenali sebagai pelajar prasiswazah pendidikan Al-Quran di UKM.
Dikhabarkan title student PIPAQ akan diletakkan di bawah fakulti pengajian Islam. Dua sahabat yang aku temui dari fakulti pendidikan memang mengesahkan ura-ura tersebut. Tapi alhamdullah, setakat ini para pensyarah yang mengajar PIPAQ menyatakan bantahan. Mana tidak belasan tahun mereka mengajar PIPAQ di Fakulti pendidikan (FPEN) tersebut! Mudah sangat pentadbiran universiti ingin menukar sana sini.
Mana silapnya?
Banyak anggapan yang dibuat. Paling aku terima pendapat dan benar tujuan sebenarnya adalah mungkin perkaitan dengan Pilihan Raya Kampus UKM. GMUKM menang besar paling tidak pun dapat menafikan 2/3 majoriti Aspirasi. Apakah wajar kemenangan besar tersebut membuatkan tangan-tangan nakal pentadbiran ingin mengubah sejarah pendidikan di FPEN tersebut? Kesan masa panjang dan pendeknya pula bagaimana?
Kesan dijangka
Akibat yang ketara akan dilihat, ketidakseimbangan di FPEN dan mewajarkan banyak kesan negatif akan timbul. Isu persatuan, isu kesamaran mahasiswa PIPAQ dalam modul pembelajaran dan banyak lagi mungkin akan muncul.
Hanya ura-ura!
Benar hal ini hanya ura-ura. walaupun aku bukan student FPEN, tapi aku sayangkan konsep pengekalan sekarang. Doa dan usaha mengelakkan hal ini terjadi wajar dilakukan. Aku harap agar hal ini hanya gimik mereka yang inginkan rasa takut mahasiswa khususnya rakan-rakan PIPAQ. Sama-samalah teruskan berdoa dan solat hajat agar Allah membantu mereka yang benar. Amin.
Sabda Rasulullah SAW
“Sesiapa dan kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka nescaya Allah membiarkan nasibnya ketika ia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh nescaya Allah akan menolongnya ketika ia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah).” (Hadith riwayat Abu Daud)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSyukran kerana bagi support kat budak PIPAQ...
Kami sentiasa mengharapkan doa dari kalian agar kami dapat mengekalkan kedudukan kami sebagai sebahagian daripada Fakulti Pendidikan...
Sekiranya ada masa terluang pada 2 mac ni malam selepas maghrib, datanglah ke masjid UKM kerana akan diadakan solat hajat hajat perdana untuk PIPAQ...sekian.