وفي انفسكم افلا تبصرون
“Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak perhatikan tanda-tanda dan bukti kebesaran Dia?” [Adz-Dzaariyaat 51: 21]
Monday, July 13, 2009
“bukan itu masalah terbesar dinegara kita ni shekh..masalah wahabi masalah zikir selepas solat masalah talkin dan semua masalah khilaf kecil-kecilan yang kita sibuk gaduh-gaduh bukan isu besar yang patut kita ‘perangi’..orang kita sibuk menolak benda-benda kecil tapi menerima kerosakan besar..kerosakan sekularisma..”ulas guruku.
Itulah kata-kata yang menjadi benteng aku dan sahabat-sahabat lain apabila disogokkan dunia penuh menipu ini. Mana tidaknya, orang besar negara kita berhempas pulas menegakkan benang yang basah, menidakkan pengkritik, malah ada yang sanggup menidakkan kata-kata waris para nabi.
Esok adalah hari bermakna untuk penduduk Manek Urai, mereka akan mejalankan amanah memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin mereka. Bukannya setakat di dunia hendak dipimpin malah di akhirat. Berbohonglah jika ada yang berbahas semua di dunia cukup di dunia, akhirat lain cerita. Khianat! Kata-kata itu cukup menolak ajaran baginda SAW, lelah nabi menegakkan negara bersama Islam bukannya sekadar kata-kata, malah telah diakui oleh para sejarawan. Janganlah kerana hendak senang di dunia, sanggup menjual agama dengan nilai sedikit.
Berdoalah semoga hikmah pemergian Pak Su Weil membawa kebangkitan kepada rakyat di Manek Urai. Insya Allah jika diberi mandat oleh rakyat di sana, Abe Uji akan meneruskan sisa-sisa perjuangan Allahyarham Pak Su Weil InsyaAllah. Jika tidak menang pun di sana, Abe Uji akan dijulang kerana berani kerana benar dan ganjarannya terserah pada Allah. Itulah kekuatan pejuang Islam.
Bukannya aku hendak memihak sebelah pihak (PAS) sahaja, sesiapa pun akan tahu jua . Jika mereka memenangi pilihan raya sekalipun, lantas jika kebenaran yang hendak dijulang akhirnya mereka-mereka(calon BN) ini yang ada kebenaran dalam hatinya tersungkur akibat durja kuasa-kuasa jahat lain dalam puak sekularisma ini yang tidak mahukan haq. Jika sahabat kita sebelah sana (BN) hendak membangunkan Manek Urai dengan Islam. Amat digalakkan, dan contohilah seperti perjuangan Islam yang dibawa nabi. Jika penamatnya hanya penyingkiran dalam parti maka lakukan kerna itu akan dipandang tinggi hingga ke akhir hayat.
Apa-apa pun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu keputusannya esok. Ayuh kedua-dua calon Abe Uji dan Tuan Aziz Tuan Mat, bergerak kerna Islam!!Takbir!
salam perkenalan kepada sahabat-sahabat yang tak dikenali..salam ukhwah juga untuk sahabat-sahabat perjuangan. moga sukses sentiasa.rasanya sudah lama aku tidak menjenguk blog ini. maaf kepada sahabat yang tertanya-tanya ke mana aku menghilang. setelah tamat pengajian prasiswazah di ukm seawal Mac 2009, aku terus memikirkan matlamat seterusnya setelah bergelar mantan mahasiswa ukm (rujuk pada post 'terakhir dariku sebagai seorang mahasiswa'). alhamdulillah aku dimudahkan untuk melengkapkan objektif aku dan matlamat sejak aku di matrikulasi lagi untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan guruku di pondok Baitul Qura, Sg Udang Melaka.aku dan sahabat daurah yang lain disana berada lebih kurang 2 minggu. moga guruku, ustaz Hj. Zulkifli Hj Ismail dan keluarganya sentiasa dirahmati Allah dan diberikan nikmat kesihatan meneruskan jalan-jalan dakwah. syukur dan terima kasih pada guruku kerna banyak nasihat dan pedoman, yang disampaikan untuk menjadi muslim.serta sempat mempelajari kitab-kitab yang disyorkan.
kini aku berada di UKM semula untuk menyambung semula pembelajaran ilmu dalam bidang ketika prasiswazah. mungkin lebih mencabar daripada ketika aku bergelar prasiswazah dahulu. doa sahabat-sahabat amat aku hargai. moga umat Islam berjaya. amin.
salam baitul qura dan sahabat-sahabat pondokku disana...
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila janazah itu telah diletakkan (dalam usungan) dan orang-orang lelaki membawanya di atas bahu-bahunya (diangkat ke kubur), maka jikalau janazah itu soleh, ia berkata: Dahulukanlah aku, dahulukanlah aku,"(yakni segerakan ditanam kerana sudah amat rindu pada kerahmatan serta kenikmatan dalam kubur).
Tetapi jikalau janazah itu bukan shalih, maka ia pun berkata: Aduhai celakanya tubuhku, ke mana engkau semua membawa tubuhku ini. Suara janazah itu dapat didengar oleh segala benda, melainkan manusia, sebab andaikata ia mendengarnya, tentulah ia akan mati sekali."
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
9) Sami Budha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?
10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"
11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "
Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ?"
Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. "
Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? " Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. " .
gambaran sekadar hiasan. InsyaAllah dimudahkan Allah
Kini adalah sem terakhir aku bergelar mahasiswa Islam UKM. Fikiran benakku telah mula melihat dunia luar. Moga Allah mudahkan segalanya duniawi dan ukhrawi. Doakan aku wahai sahabat-sahabat agar aku menjadi seorang muslim yang hanya ingin mati fi sabilillah..amin.. rancangan terdekatku ingin wujudkan keyakinan diri semula di pondok Islami bersama rakan..tapi belum tahu di mana..doakan kami..