Sunday, July 26, 2009

taubatlah dari 'mengusik ulama


Sejak akhir-akhir ini, banyak berita yang mencuit perasaan tok guru Nik Aziz Nit Mat. Tak silap aku sejak heboh kempen PRK Manek Urai dahulu, ada sahaja media pro- BN tidak segan-segan ‘mengusik’ tok guru. Semalam dan akhbar hari ada sahaja membuat onar memperkecilkan tok guru, dilaporkan tok guru sedia berbaik-baik dengan kerajaan pusat. Kenapa setiap kata-kata orang tertinggi PAS itu diambil dan kadang-kadang diputar belit? Adakah sebab tok guru Nik Aziz orang PAS?parti lawan UMNO? Kenapa mufti yang bergelar ulama tapi tidak pernah pula diajak atau diusik? Aku rasa kalau tok guru seorang mufti mungkin pandang sekilas pun tidak oleh orang kerajaan pro BN.

“kalau enta semua nak tahu..ada seorang mufti pernah memarahi orang kuat parti biru dalam satu sidang..sebab apa? Sebab lantang mengutuk kepimpinan tok guru Nik Aziz..dosa shekh kutuk pewaris nabi..pewaris nabi itu besar darjatnya..” beritahu guruku.

Apakah kaitan pewaris nabi? Kenapa nabi pernah declare ulama pewaris nabi? Kenapa bukan kepada pemimpin mana-mana kerajaan sepanjang zaman? Mudah sahaja jawapannya, kerana ulama yang menjadi pembela nabi sehingga akhir zaman. Tidak akan hilang kemegahan Islam jika ulama ikhlas ilallah berada dipersada kepimpinan segenap pelusuk dunia.

Pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang terus menerajui tampuk pimpinan dengan dasar Islam dalam pentadbirannya, tegar menolak batil dan juga tegar menegakkan dasar Islam segenap undang-undang sesuatu kawasan. Bukan mudah seorang ulama ingin berdiri tatkala hati manusia mengagung-agungkan sekularisme, itulah ajaran sesat pendokong isme. Sesat yang makin menambat hati orang-orang jahil. Nauzubillah. Bukan sebab UMNO itu parti melayu atau tidak, tapi dasar sekularisme yang pisah-pisahkan Islam hanya pada agama itu patut ditolak dimusnahkan oleh pembela Islam.

Cetek benar pemikiran mengatakan Islam hanya perkahwinan, zakat, haji dan lain-lain. Islam seluruh kehidupan seorang muslim mahupun dia seorang remaja hingga orang tua, mahupun dia buruh hingga seorang Raja. Takkan dipisahkan dari tubuh kemegahan Islam itu. insyaAllah pemimpin-pemimpin Islam segenap dunia tabah menghadapi keegoan manusia. Amin..

Firman Allah dalam surah Annisa’ 58-59:-

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(58)

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.(59)


No comments:

Post a Comment