Monday, July 27, 2009

Terima kasih selamatkan maruah rakyat

tahniah keputusan TPM memansuhkan PPSMI 2012



Lama dah aku nak coretkan sedikit tentang langkah kerajaan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang setuju memansuhkan PPSMI. Syukur Alhamdulillah, agenda yang gagal oleh legasi mantan PM Malaysia Tun M akan dibuang 3 tahun akan datang. Tahun 2012 kelak.

Hmm..tapi kenapa hingga ambil masa yang panjang ingin dimansuhkan? Wallahu a’lam aku tidak mahu ulas. Jika benar nak mansuhkan, agar mansuhkan segera. Tak usahlah memikirkan akibat atau apa yang mendatang. Apa-apa pun kita semua mengucapkan terima kasih kerana kewarasan keputusan dicapai jua.

Cuma aku cukup tidak setuju dengan perlaksanaan PPSMI. Hal ini berlaku pada orangyang terdekat aku sendiri. Adik aku yang kini berada di tingkatan 5 di sekolah teknik membentangkan keputusan yang merosot dalam peperiksaan lepas. Matematik dan subjek Sains gagal. Aku kenal adik aku, pernah lulus dengan baik tika UPSR dahulu tampak tak berminat dengan sains dan matematik. Aku cukup marah apabila anak-anak lebih-lebih lagi yang berada di luar bandar dijadikan bahan eksperimen kerajaan Malaysia.

I don’t want to teach u language..but the knowledge more important..so I ajar ilmu pada kamu semua dalam apa bahasa yang kamu paham.” cetus seorang ahli akademik yang berbangsa Cina.

Ilmu itu bukan bahasa. Ilmu itu nilai tertinggi dalam kehidupan. Bahasa hanya bentuk penyampaian. Jika Jepun boleh bangun pesat tanpa bahasa barat, kenapa kita tidak boleh? Aku pernah tersenyum pernah terlihat seorang berbangsa Perancis tidak fasih berbahasa Inggeris. Kenapa ada rakyat jiran bersebelahan dengan negara dunia England masih terkial-kial berbahasa Inggeris, tapi orang kita yang jauh dari negara itu masih mahu mendabik dada berbangga dengan PPSMI.

Aku tak nafikan bahasa Inggeris bahasa dunia, tak ke mana kalau sukar berkomunikasi dalam bahasa dunia itu. Tapi jika ilmu yang hendak di sampaikan, lebih baiklah dikekalkan bahasa penyampaian itu dalam apa jua bahasa tempatan, tiada siapa yang rugi jika seorang anak dipelusuk pandai teori kimia, fizik, biologi walaupun dia berada di pelusuk hutan pedalaman. Tetapi sungguh berbanggalah kita jika dia hanya tahu berbahasa melayu asli kuno?! Tapi mantap berhujah sains pada sesiapa sahaja. Moga kerajaan lebih praktikal dari hanya menetapkan akta-akta yang merugikan bangsa dan negara. Apa-apa pun tahniah kepada rakyat, menteri, YB dan lain-lain yang berusaha memansuhkan dasar PPSMI. Tahniah!

No comments:

Post a Comment