Sunday, July 26, 2009

taubatlah dari 'mengusik ulama


Sejak akhir-akhir ini, banyak berita yang mencuit perasaan tok guru Nik Aziz Nit Mat. Tak silap aku sejak heboh kempen PRK Manek Urai dahulu, ada sahaja media pro- BN tidak segan-segan ‘mengusik’ tok guru. Semalam dan akhbar hari ada sahaja membuat onar memperkecilkan tok guru, dilaporkan tok guru sedia berbaik-baik dengan kerajaan pusat. Kenapa setiap kata-kata orang tertinggi PAS itu diambil dan kadang-kadang diputar belit? Adakah sebab tok guru Nik Aziz orang PAS?parti lawan UMNO? Kenapa mufti yang bergelar ulama tapi tidak pernah pula diajak atau diusik? Aku rasa kalau tok guru seorang mufti mungkin pandang sekilas pun tidak oleh orang kerajaan pro BN.

“kalau enta semua nak tahu..ada seorang mufti pernah memarahi orang kuat parti biru dalam satu sidang..sebab apa? Sebab lantang mengutuk kepimpinan tok guru Nik Aziz..dosa shekh kutuk pewaris nabi..pewaris nabi itu besar darjatnya..” beritahu guruku.

Apakah kaitan pewaris nabi? Kenapa nabi pernah declare ulama pewaris nabi? Kenapa bukan kepada pemimpin mana-mana kerajaan sepanjang zaman? Mudah sahaja jawapannya, kerana ulama yang menjadi pembela nabi sehingga akhir zaman. Tidak akan hilang kemegahan Islam jika ulama ikhlas ilallah berada dipersada kepimpinan segenap pelusuk dunia.

Pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang terus menerajui tampuk pimpinan dengan dasar Islam dalam pentadbirannya, tegar menolak batil dan juga tegar menegakkan dasar Islam segenap undang-undang sesuatu kawasan. Bukan mudah seorang ulama ingin berdiri tatkala hati manusia mengagung-agungkan sekularisme, itulah ajaran sesat pendokong isme. Sesat yang makin menambat hati orang-orang jahil. Nauzubillah. Bukan sebab UMNO itu parti melayu atau tidak, tapi dasar sekularisme yang pisah-pisahkan Islam hanya pada agama itu patut ditolak dimusnahkan oleh pembela Islam.

Cetek benar pemikiran mengatakan Islam hanya perkahwinan, zakat, haji dan lain-lain. Islam seluruh kehidupan seorang muslim mahupun dia seorang remaja hingga orang tua, mahupun dia buruh hingga seorang Raja. Takkan dipisahkan dari tubuh kemegahan Islam itu. insyaAllah pemimpin-pemimpin Islam segenap dunia tabah menghadapi keegoan manusia. Amin..

Firman Allah dalam surah Annisa’ 58-59:-

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(58)

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.(59)


Cemburu Yang Digalakkan


Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Tidak boleh hasad melainkan dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurniai oleh Allah kepandaian dalam al-Quran, mengertikan dan lain-lain, kemudian ia suka bersembahyang dengan membaca al-Quran itu pada waktu malam dan siang, juga seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya pada waktu malam dan siang."

(Muttafaq 'alaih)

Thursday, July 23, 2009

Jangan Meminta-minta


Daripada Hakim bin Hizam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Tangan yang bahagian atas (yang memberi) adalah lebih mulia daripada tangan yang bahagian bawah (yang menerima). Dan dahulukanlah dalam pemberian itu kepada orang-orang yang menjadi tanggunganmu (yang wajib dinafkahi)."

"Sebaik-baik sedekah ialah yang diberikan di luar keperluan (yakni setelah memenuhi keperluan keluarga dan tanggungan). "

"Sesiapa yang tidak meminta-minta, maka Allah akan memberikan kecukupan kepadanya dan sesiapa tidak memerlukan pemberian manusia, maka Allah akan memberikan kekayaan padanya."

(Muttafaq 'alaih. Hadith ini menurut lafaz Imam Bukhari)

7 Golongan Yang Mendapat Naungan


Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih)

Wednesday, July 22, 2009

Apabila Ditimpa Kesusahan


Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang ditimpa oleh kemelaratan, lalu diturunkannya kepada manusia ( meminta tolong kepada sesama manusia agar dihilangkan kemelaratannya itu), maka tentu tidak akan tertutuplah kemelaratannya tadi."


"Tetapi sesiapa menurunkannya kepada Allah (yakni mohon kepadaNya agar dihilangkan kemelaratannya) , maka bersegeralah Allah akan memberinya rezeki dengan segera atau dengan lambat."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih gharib.

Kecintaan Melalui Zuhud


Daripada Abu Abbas r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku sesuatu amalan yang apabila amalan itu saya lakukan, maka saya akan dicintai oleh Allah dan juga dicintai oleh seluruh manusia."

Beliau s.a.w. bersabda: "Berzuhudlah di dunia, tentu engkau dicintai oleh Allah dan berzuhudlah dari apa yang dimiliki oleh para manusia, tentu engkau akan dicintai oleh para manusia."

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lainnya dengan isnad-isnad yang baik.

Tuesday, July 21, 2009

Nabi Sentiasa Berlapar


Daripada Said al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia berjalan melalui kaum yang di hadapan mereka itu ada seekor kambing yang sedang dipanggang. Mereka memanggilnya, tetapi ia enggan untuk ikut memakannya dan ia berkata: "Rasulullah s.a.w. keluar dari dunia (wafat) dan tidak pernah kenyang dari roti gandum."

(Riwayat Bukhari)

Monday, July 20, 2009

Tanda-tanda Orang Yang Mencintai Nabi

Daripada Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w., "Ya Rasulullah, demi Allah, sesungguhnya saya ini nescaya cinta kepada Tuan." Beliau lalu bersabda: "Lihatlah baik-baik apa yang engkau ucapkan itu."

Orang itu berkata lagi, "Demi Allah, sesungguhnya saya ini nescayalah cinta kepada Tuan." Dia berkata demikian sampai tiga kali.

Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Jikalau engkau mencintai saya, maka sediakanlah sebuah baju tijfaf untuk menempuh kefakiran, sebab sesungguhnya kefakiran itu lebih cepat mengenai orang yang mencintai saya daripada cepatnya air banjir sampai di tempat penghabisannya. "

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Attijfaf - iaitu sesuatu yang dikenakan pada kuda untuk menjaga dirinya dari bahaya - senjata dan lain-lain, dan kadang-kadang pakaian sedemikian itu juga dikenakan oleh manusia.

Tuesday, July 14, 2009

PAS menang Islam dinobatkan lagi...


Alhamdulillah PAS menang di PRK pada hari keramat 14 Julai 2009. Walaupun kemenangan Abe Uji di Manek Urai telah dijangka, tetapi kemuruduman jumlah majoriti yg amat ketara telah membuka banyak persoalan. Media pro- BN menongkah kata-kata yang pedas menyatakan PAS menang tipis, PAS sudah jatuh sokongan, undi orang muda naikkan UMNO, akibat masalah dalaman PAS dan banyak lagi. Itu adalah sebab-sebab keseimbangan undi!!kata mereka.

Cakap-cakap mereka seperti hanya mampu mengampu, walaupun berbakikan majoriti 65 undi kemenangan, tetapi PAS tetap pilihan rakyat disana. Kenapa mereka hendak nafikan semua itu dan memberi pelbagai alasan yang kebudak-budakan. Sebenarnya mereka perlu menaikkan darjat 1Malaysia yang dilaung-laungkan jika benarlah hendak naikkan moto orang no 1 Malaysia itu.

Benar tidak banyak beza jumlah undian kedua-dua belah pihak, tapi kerajaan perlu akur dan turut sama membangunkan Manek Urai. Banyak janji-janji manis ditaburkan dan menyebabkan undi naik untuk BN. Apa salahnya dibangunkan bersama-sama dengan YB Manek Urai walaupun dari parti berbeza? Setidak-tidaknya memberi dana kepada Manek Urai dan di uruskan oleh YB Fauzi Abdullah dan ahli jawatan kawasan di sana. Jika mereka benar-benar ikhlas dengan 1Malaysia-nya itulah yang patut dilakukan. Bukan hanya terus mengugut sahaja.

Banyak kebaikan yang diterima oleh penduduk Manek Urai, nama kawasan mereka sudah tidak asing lagi kepada orang Melaka mahupun hujung penempatan Sabah di sana. Siapa lagi yang tidak kenal Manek Urai sah orang tersebut hidup dalam tempurung. Mana tidaknya, media massa terus menerus menaikkan nama kawasan tersebut dan menjadi kebanggaan perantau di mana sahaja, asalkan mereka berasal dari Manek Urai. Itu sudah cukup membanggakan.

Tahniah dan takziah diucap untuk Abe Uji. Tahniah kerana Berjaya memartabatkan Islam, Takziah kerana memegang amanah yang perlu didokong untuk membela kebajikan rakyat Manek Urai. Takbir!!


Monday, July 13, 2009




“bukan itu masalah terbesar dinegara kita ni shekh..masalah wahabi masalah zikir selepas solat masalah talkin dan semua masalah khilaf kecil-kecilan yang kita sibuk gaduh-gaduh bukan isu besar yang patut kita ‘perangi’..orang kita sibuk menolak benda-benda kecil tapi menerima kerosakan besar..kerosakan sekularisma..”ulas guruku.

Itulah kata-kata yang menjadi benteng aku dan sahabat-sahabat lain apabila disogokkan dunia penuh menipu ini. Mana tidaknya, orang besar negara kita berhempas pulas menegakkan benang yang basah, menidakkan pengkritik, malah ada yang sanggup menidakkan kata-kata waris para nabi.

Esok adalah hari bermakna untuk penduduk Manek Urai, mereka akan mejalankan amanah memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin mereka. Bukannya setakat di dunia hendak dipimpin malah di akhirat. Berbohonglah jika ada yang berbahas semua di dunia cukup di dunia, akhirat lain cerita. Khianat! Kata-kata itu cukup menolak ajaran baginda SAW, lelah nabi menegakkan negara bersama Islam bukannya sekadar kata-kata, malah telah diakui oleh para sejarawan. Janganlah kerana hendak senang di dunia, sanggup menjual agama dengan nilai sedikit.

Berdoalah semoga hikmah pemergian Pak Su Weil membawa kebangkitan kepada rakyat di Manek Urai. Insya Allah jika diberi mandat oleh rakyat di sana, Abe Uji akan meneruskan sisa-sisa perjuangan Allahyarham Pak Su Weil InsyaAllah. Jika tidak menang pun di sana, Abe Uji akan dijulang kerana berani kerana benar dan ganjarannya terserah pada Allah. Itulah kekuatan pejuang Islam.

Bukannya aku hendak memihak sebelah pihak (PAS) sahaja, sesiapa pun akan tahu jua . Jika mereka memenangi pilihan raya sekalipun, lantas jika kebenaran yang hendak dijulang akhirnya mereka-mereka(calon BN) ini yang ada kebenaran dalam hatinya tersungkur akibat durja kuasa-kuasa jahat lain dalam puak sekularisma ini yang tidak mahukan haq. Jika sahabat kita sebelah sana (BN) hendak membangunkan Manek Urai dengan Islam. Amat digalakkan, dan contohilah seperti perjuangan Islam yang dibawa nabi. Jika penamatnya hanya penyingkiran dalam parti maka lakukan kerna itu akan dipandang tinggi hingga ke akhir hayat.

Apa-apa pun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu keputusannya esok. Ayuh kedua-dua calon Abe Uji dan Tuan Aziz Tuan Mat, bergerak kerna Islam!!Takbir!