Tuesday, July 14, 2009

PAS menang Islam dinobatkan lagi...


Alhamdulillah PAS menang di PRK pada hari keramat 14 Julai 2009. Walaupun kemenangan Abe Uji di Manek Urai telah dijangka, tetapi kemuruduman jumlah majoriti yg amat ketara telah membuka banyak persoalan. Media pro- BN menongkah kata-kata yang pedas menyatakan PAS menang tipis, PAS sudah jatuh sokongan, undi orang muda naikkan UMNO, akibat masalah dalaman PAS dan banyak lagi. Itu adalah sebab-sebab keseimbangan undi!!kata mereka.

Cakap-cakap mereka seperti hanya mampu mengampu, walaupun berbakikan majoriti 65 undi kemenangan, tetapi PAS tetap pilihan rakyat disana. Kenapa mereka hendak nafikan semua itu dan memberi pelbagai alasan yang kebudak-budakan. Sebenarnya mereka perlu menaikkan darjat 1Malaysia yang dilaung-laungkan jika benarlah hendak naikkan moto orang no 1 Malaysia itu.

Benar tidak banyak beza jumlah undian kedua-dua belah pihak, tapi kerajaan perlu akur dan turut sama membangunkan Manek Urai. Banyak janji-janji manis ditaburkan dan menyebabkan undi naik untuk BN. Apa salahnya dibangunkan bersama-sama dengan YB Manek Urai walaupun dari parti berbeza? Setidak-tidaknya memberi dana kepada Manek Urai dan di uruskan oleh YB Fauzi Abdullah dan ahli jawatan kawasan di sana. Jika mereka benar-benar ikhlas dengan 1Malaysia-nya itulah yang patut dilakukan. Bukan hanya terus mengugut sahaja.

Banyak kebaikan yang diterima oleh penduduk Manek Urai, nama kawasan mereka sudah tidak asing lagi kepada orang Melaka mahupun hujung penempatan Sabah di sana. Siapa lagi yang tidak kenal Manek Urai sah orang tersebut hidup dalam tempurung. Mana tidaknya, media massa terus menerus menaikkan nama kawasan tersebut dan menjadi kebanggaan perantau di mana sahaja, asalkan mereka berasal dari Manek Urai. Itu sudah cukup membanggakan.

Tahniah dan takziah diucap untuk Abe Uji. Tahniah kerana Berjaya memartabatkan Islam, Takziah kerana memegang amanah yang perlu didokong untuk membela kebajikan rakyat Manek Urai. Takbir!!


No comments:

Post a Comment