Tuesday, July 28, 2009

Kisah Kampung Telaga

penduduk Kampung Telaga mencedok air yang berkemungkinan tercemar tanpa dikawal kualiti air

Ada satu kisah yang terjadi ketika dahulu di Kampung Telaga. Terdapat seorang ketua kampung yang sangat berwibawa, namanya gah di kawasan kecil tersebut. Itulah dia Mursyid, menjawat jawatan ketua kampung Telaga dengan penuh dedikasi.

Kampung Telaga hidup aman damai dengan rakyatnya taat kepada Tuhan Semesta Alam. Suasana Biah Solehah telah diterapkan oleh semua orang sehinggakan penduduk minoriti bukan Islam sangat menghormati orang Islam yang ikhlas berjiran dan berurusan dengan mereka. Sehinggakan anak orang bukan Islam boleh tidur sehari di rumah rakan orang Islam. Begitu damai sekali.

Suatu hari, terdapat desas mengatakan ada sekumpulan orang luar membina telaga air di kawasan kampung tersebut. Telaga dibina dengan moden sekali, jentera air menyedut ait bawah tanah dibawa keatas dengan mudah sekali. Sehinggakan penduduk kampung amat kepingin ingin mendapatkan air telaga tersebut.

“eh pakcik! Apa ni pakcik makcik! Berbaldi-baldi pulak datang sini!” bentak pegawai yang mengawal telaga tersebut.

“kenapa nak? kami nak sedikit air nak. Ni kawasan kami,” terang seorang pakcik tua.

“tak ada tak ada! Korang semua boleh mintak kat ketua kampung. Ni semua kami nak jual pada orang kaya-kaya.” Tegas pegawai bongkak tersebut.

Berita tersebut sepintas terus diketahui oleh Mursyid. Lantas beliau terus segera mendapatkan insiden yang gamat di kawasan telaga moden tersebut. Beliau terus berhujah dengan hemah sehinggakan pegawai-pegawai telaga moden tersebut terdiam.

“kamu ingat kamu bina telaga di kawasan kami, kami boleh diam? Ni hak kami! Kamu semua mencabuli hak kami dengan menindas penduduk di sini hanya sebab mereka anak buah saya? Apa kamu ingat kamu berkuasa sangat hingga lupa pada Yang Esa?” tegar Mursyid.

“ kami tak kisah kamu nak berbangga dengan duit yang kamu ada, tapi tidak salah jika beri sedikit manfaat pada penduduk di sini. Hasil bumi yang kamu kaut itu tidak pernah dijual se sen pun dari Tuhan. Sedar sedikit kamu berada atas tanah penduduk yang taat pada perintah Allah. Doa orang aniya sangat makbul….” Selingkah Mursyid.

Kisah tersebut tidak berakhir di situ, Mursyid terus berusaha mendapatkan hak penduduknya…….

DOA ORANG ANIAYA AMAT MAKBUL…itulah kata-kata yang aku sangat tertarik…wallahua’lam. Moga mereka yang bertanggungjawab sedar atas kesalahan besar yang mereka buat pada mereka yang lemah dan aniaya hanya kerana taat pada perintah Allah SWT.

No comments:

Post a Comment