Sunday, March 29, 2009

Kemakmuran rakyat ditangan mereka- Petani Berjasa

Nostalgia Lagenda Nada Murni oleh Hijjaz


Nostalgia Nada Murni oleh Rabbani


Tika aku meneliti album Nada Murni yang diperbaharui semula oleh ahli lama kumpulan terbabit daripada Hijjaz dan Rabbani (album berasingan seperti pada gambar). Aku terpandang tajuk lagu yang belum aku dengar lagi selama ini. ‘Petani Berjasa’, lantas aku terus mainkan lagu itu.

Indah juga mesej yang disampaikan, bagaimana kumpulan Nada Murni begitu menghargai jasa orang lain. Jika kenal dengan Nada Murni mungkin kawan-kawan hanya melihat konteks jihad dan seruan ubudillah sahaja bukan? Dakwah itu luas, sangat luas. Sehinggakan seorang petani dilihat sangat berjasa pada negara dan rakyat. Kemakmuran rakyat ditangan mereka’, ungkapan yang tanpa sedar besar maksudnya pada kita.

Lirik yang indah sesuai didengari oleh manusia yang makin lupa kini. Zaman sang remaja asyik dengan lagu-lagu kecintaan manusia, hingga menjadi pemangkin pada kemaksiatan. Nasyid yang kearah cinta Yang Satu juga makin kurang,mungkin album pembaharuan Nada Murni ini patut didengar. Lagu-lagu Nada Murni yang pernah dipopularkan semula oleh Rabbani dan Hijjaz tika dahulu juga dimuatkan semula dalam kedua-dua album tersebut dengan pengekalan lirik dan irama asal. Maka dapatkannya dalam koleksi album, jangan hanya memuat turun hingga melemahkan kaedah mereka dalam berdakwah. Ayuh dapatkan kedua-dua album.


petani berjasa

1 comment: