Tuesday, March 17, 2009

Perobohan Penempatan Penduduk Palestin

Yahudi laknatullah

Selasa, 17/3/2009-Radio tentera Israel melaporkan Menteri Kanan Penempatan Jerusalem, Nir Barakat telah mengarahkan agar penempatan Palestin di Timur Jerusalem dimusnahkan sejak beliau ambil alih pejabat sejak 3 bulan lepas. Dilaporkan kemusnahan penempatan akan meningkat berbanding tahun lepas.

Barakat zalim!

Radio juga melaporkan, lebih 100 indikmen(sejak 3 bulan berkuasa) telah dimasukkan dalam dasar penempatan terbabit yang menuntut pemusnahan penempatan atas alasan pembangunan tidak berlesen.

Barakat menegaskan bahawa dia tidak mendiskriminasi antara penduduk Timur dan Barat Jerusalem, ketika wawancara bersama radio tentera. Manakala radio terbabit menyatakan kesukaran pemberian permit pembangunan untuk semua penduduk Palestin di Timur Jerusalem menyebabkan tindakan kejam itu diambil.

Radio memetik maklumat daripada polis Israel bahawa akan ada tunjuk perasaan protes amarah membantah perobohan penempatan Palestin di bandar terbabit tanda menentang polisi menzalimi rakyat Palestin.

Sumber:- http://www.palestine-info.co.uk/en/

No comments:

Post a Comment