Tuesday, March 31, 2009

kenanglah jasa ibu bapa

amat sukar titisan mata taubat padaNya


Apabila menghayati lirik ‘ibu mithali’ daripada kumpulan Nada Murni (dipopularkn semula oleh Rabbani)..sayu rasanya..terhapus segala ego lelakiku. Benar ego setiap manusia hanya akan punah jika dihalusi dengan kisah ibubapanya dibentangkan dihadapannya. Diiramakan dengan lagu-lagu syahdu sebegini mudah untuk kita meningkatkan rasa takwa kita pada Allah.

Benar kata-kata guruku tika sekolah dahulu, “untuk anak-anak lelaki khususnya...jika kamu sukar untuk menitiskan mata mengenangkan dosa lalu..jika sukar pada malam hari untuk memaksa titisan mata keluar hapusan api neraka tika bertaubat depan Ilahi..maka ingatlah ibu bapamu..lakarkan wajah mereka tika itu..sujud padaNya meminta taubat padaNya..tika itu nescaya titisan mutiara takutkan Allah akan terbentuk..insyaAllah”

Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Mungkin kita mudah lupa tanggungjawab sebagai seorang anak, berapa banyak panggilan khabar kita utuskan pada mereka. Makin tinggi kaedah berkomunikasi kita, makin rasa terbeban hanya untuk ibu bapa. Beringatlah kita mudah untuk menekan butang telefon bimbit menghantar mesej pada kenalan, pada kekasih, pada sesiapa sahaja. Tetapi kenapa tidak pada ibu bapamu?

Ingatlah kawan-kawan, tetapkan pada diri kata-kata ini..Aku bukan datang dari keluarga senang, aku bukan datang daripada keluaga para Raja, aku sukar menunjukkan kasih sayang pada mereka. Maka dengan ingatan doa ampunan buat mereka bisa menyinari sinar hidayah pada wajah mereka. Ampunkan dosa kedua ibu bapa kami semua ya Allah..amin..

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya:

Aku telah bertanya kepada rasulullah SAW:”apakah amalan yang amat dikasihi Allah?Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian jihad fisabilillah."

Abdullah bin Umar r.a. berkata:

"Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Didalam melayani keduanya harus berjihad."

Ampunkan dosa ibuku,Kamsiah Saji dan ayahku,Md Aris Bidin..amin ya Allah..

1 comment:

  1. hurmm...

    menagis sudah!!

    tak penah lupa nak hubungi mak setiap hari..

    xlengkap hari kalau tak dengar suara diorng..

    ReplyDelete